16/12/2009

Pameran SEKOLAH BESTARI SMKAP

Pada 5 Disember 2009, telah diadakan pameran SEKOLAH BESTARI - SEK MEN KEB AMPANG PECAH bertempat di kompleks sukan di Kuala Kubu Bharu.




Jamuan Akhir Tahun Briged Bestari 2009




10/12/2009

BERITA HARIAN - SMKAP (B) JADI RUJUKAN

BERITA HARIAN, 9 Disember 2009 - Ruangan Pendidikan


SMK Ampang Pecah sekolah bestari luar bandar lima bintang

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor, bukan saja terpilih antara 15 sekolah bestari luar bandar penanda aras, malah turut dijadikan showcase bagi projek itu.



04/10/2009

Projek Perdana Intelek ICT

KURSUS PENGGUNAAN KOMPUTER ANJURAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN


BBSMKAP Google Groups

Kepada semua ahli-ahli Briged Bestari SMKAP sila sertai Google Groups BBSMKAP yang telah dibuat oleh Pn Saemah di alamat ini >> http://groups.google.com.my/group/bbsmkap?hl=en






Mari sama-sama berusaha meriahkan Google Groups kita~~!!!

10/09/2009

Bengkel Penggunaan Google Group dan Gmail

Tarikh: 10 September 2009
Tempat: Makmal Komputer SMK Ampang Pecah (Bestari)
Masa: 3 petang

Aktiviti:

Bengkel diadakan untuk membolehkan semua Briged Bestari SMKAP menggunakan Google Group Briged Bestari dengan berkesan. Guru penyelaras Briged Bestari, Puan Saemah, telah mengendalikan bengkel ini kepada semua ahli Briged Bestari.


14/07/2009

Majlis Pelancaran Pembestarian Sek Men Keb Ampang Pecah

SELASA, 12 Mei 2009 - Sek Men Keb Ampang Pecah telah terpilih sebagai sekolah bestari kategori luar bandar. Oleh itu, telah berlangsungnya majlis pelancaran pembestarian sekolah serta Mesyuarat Pasukan Sokongan Strategik Sekolah Bestari (PSSSB). Majlis pelancaran telah berlancar dengan jayanya dan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Dr. Hj Zahri b Aziz. Turut hadir ialah pengetua serta wakil pengetua dari sekolah lain serta Pengerusi Persatuan Ibu Bapa (PIBG) En. Mohd. Noor b Abbas.


30/06/2009

Aktiviti Briged Bestari

Mesyuarat Tahunan

Bengkel Pemilihan Ahli Baru

Aktiviti menceriakan makmal

Aktiviti pembestarian sekolah

Lawatan Pengarah Pelajaran Selangor

Bengkel membuat blog

Aktiviti menceriakan makmal - Pertandingan Pengurusan Cemerlang Makmal Komputer Negeri Selangor

Projek Khas
- 9 Essential Amino Acids and Its Sources
- Tun Dr Mahathir Mohamad
- Perayaan Pelbagai Kaum
- Fungsi Masjid
- Sejarah Kuala Kubu Bharu

tarikh akhir kemaskini : 14 JULAI 2009

10/06/2009

ORGANISASI

Penaung
Pn. Hajah Hamidah bt. Saman

Penasihat
En. Mohd. Suhaimi b. Abdullah

Penyelaras
Pn. Saemah bt. Mat Sahir
Pengerusi
Afrina Adlyna bt. Mohd. Matrol

Timb. Pengerusi
Nur Syahmin Alya bt. Masri

Setiausaha
Nur Atiqah bt. Mat Samadi

Naib Setiausaha
Nik Mohd Zulhayiz b. Zulkifli

Bendahari
Nur Amylia Azreen bt. Md. Jamil

Naib Bendahari
Khairul Ashmawi b. Abu Talib

Biro Infrastruktur Teknologi
Annis Amira bt. Azmi

Biro Latihan
Muhd Syazwan b. Nazli

Biro Dokumentasi dan Penerbitan
Nur Hidayah bt. Ramli

Biro Laman Web Sekolah
Tajul Ariffin b. Mauli Azam

Biro Blog
Farah Sukainah bt. Abd. Wahab

FUNGSI

Antara fungsi penting Briged Bestari:

  • Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan peralatan serta penggunaan ICT di sekolah.
  • Membantu pelajar-pelajar lain dalam penggunaan peralatan ICT.
  • Membantu meyebarkan maklumat terkini ICT serta yang berkaitan Briged Bestari.
  • Membantu guru dalam hal yang berkaitan dengan penggunaan ICT
  • mengaplikasikan ICT dalam P&P

OBJEKTIF PENUBUHAN

Antara Objektif Penubuhan Briged Bestari ialah :

  • Mempelajari ICT serta menanam minat dan membina kepakaran pelajar dalam peralatan ICT sekolah.
  • Berkongsi kemahiran pelajar dalam penggunaan ICT untuk tujuan positif.
  • Menyebarkan ilmu serta maklumat ICT kepada rakan-rakan lain.
  • Membantu guru mengendalikan perlatan ICT dalam P&P.

24/05/2009

BRIGED SIBER KE BRIGED BESTARI

Briged Bestari SMKAP baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2009 sempena Program Pembestarian sekolah luar bandar Fasa I. SMK Ampang Pecah juga telah terpilih sebagai sekolah menengah 'showcase' bagi program ini. Sebelum ini pasukan Briged Bestari dikenali sebagai Briged Siber yang bergerak di bawah aktiviti makmal komputer sekolah. Kini penubuhan Briged Siber menjadikan ahli-ahlinya lebih berkemahiran dalam bidang ICT dan mampu membantu guru mengendalikan peralatan ICT di dalam kelas. Pelbagai program telah disusun untuk meningkatkan kemahiran asas ICT ahli Briged Siber SMKAP. Semoga ahli-ahli Briged Siber dapat melaksanakan peranan dengan berkesan membantu sekolah mengekalkan pembudayaan ICT di sekolah.