13.06.11 / isnin / 3:00 PM – 4:30 PM
GenYes
Selepas selesai cuti pertengahan tahun bulan enam selama 2 minggu, Briged Bestari SMK Ampang Pecah telah besepakat mengadakan satu perjumpaan Briged Bestari pada hari pertama selepas cuti panjang. =)
Perjumpaan ini telah diadakan pada 13hb Jun 2011 pada hari Isnin dari pukul 3:00pm hingga 5:00 pm. Kami telah mengadakan banyak perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan bersama. Kami juga telah bersepakat untuk menubuhkan satu group di laman web sosial facebook untuk berhubung bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan Briged Bestari. Admin bagi group ini ialah briged bestari Nurina Hannani Bt Hishamuddin (Tingkatan 3 Gemilang). Tahniah diucapkan kena berjaya menubuhkan group Briged Bestari dan berhasil membuatkan Briged Bestari menjadi lebih aktif.
Walaubagaimanapun, sebuah group yang telah ditubuhkan sejak 2 tahun di Google Groups tetap dikekalkan kerana perbincangan boleh dijalankan secara online di situ. Kini, Briged bestari SMK Ampang Pecah (Bestari) telah mempunyai 2 buah group bagi memudahkan urusan briged bestari.
Sebenarnya, Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah untuk mendedahkan briged bestari kepada program GenYes. Program GenYes ini disertai oleh 20 orang pelajar SMK Ampang Pecah (Bestari) termasuk briged bestari SMK Ampang Pecah...
Peserta perlu membuat 2 projek mengikut kehendak pihak GenYes dan akan menerima certificate di akhirnya...
Untuk maklumat lanjut, sila klik di link ini
semoga berjaya peserta dari SMK Ampang Pecah (Bestari)!
Showing posts with label Mesyuarat Briged Bestari. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat Briged Bestari. Show all posts
14/06/2011
20/01/2011
MESYUARAT AGUNG BRIGED BESTARI 2011
Pada 18 Januari 2011, telah diadakan satu mesyuarat agung Briged Bestari bagi tahun 2011 bertempat di Makmal Bestari pada jam 2.30 petang. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh GPK Akademik, Pn. Shamsida Bt. Mohd Noor, GPK HEM, En. Mohd Suhaimi B. Abdullah, Guru Penyelaras Bestari, Pn. Saemah Bt. Mat Sahir, guru jemputan, Pn. Tan Gee Loi, alumni Briged Bestari, Saudari Nur Syahmin Alya Bt. Masri serta ahli Briged Bestari.
Majlis pada petang itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Saudari Sumaiyah Bt Khairudin dan diikuti pula dengan bacaan doa pembuka majlis oleh Saudara Nik Mohd Zulhayiz bin Zulkifli. Acara diteruskan dengan menyanyikan lagu sekolah dan lagu Jiwa dan Minda yang diiringi dengan tayangan montaj muzik yang telah dihasilkan oleh Saudari Nurina Hannani Bt Hishamuddin dan Saudari Aishah Nadia Bt Badrul Hisham. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka atas hasilan video yang menarik.
Majlis diserikan lagi dengan ucapan wadah minda oleh Pn. Hajah Shamsida Bt Mohd Nor. Dalam ucapannya, beliau banyak menyentuh mengenai tanggungjawab dan peranan seseorang pemimpin serta memberikan kata - kata motivasi kepada ahli Briged Bestari yang merupakan contoh dan ikon kepada pelajar - pelajar lain. Beliau juga menguacapkan ucapan terima kasih atas jemputan ke majlis pada petang itu dan juga ucapan tahniah kepada ahli Briged Bestari yang telah terpilih bagi sesi 2011.
Mesyuarat Agung Briged Bestari telah dirasmikan oleh En. Mohd Suhaimi bin Abdullah, selaku guru penasihat Briged Bestari. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan semua Briged Bestari dapat mengekalkan prestasi dan akan terus cemerlang serta membantu guru - guru dalam pengurusan ICT di sekolah . Beliau juga berharap agar briged bestari akan terus menjadi sebuah kelab yang terunggul dan berkemahiran.
Setelah ucapan perasmian, berhenti seketika dan ahli mesyuarat telah dijemput menjamu selera. Menu pada petang itu ialah berkonsepkan hari raya, walaupun hari raya telah lama berlalu. Ahli mesyuarat telah dihidangkan nasi himpit, rendang ayam, beserta kuah kacang. Kuih tempatan telah disajikan sebagai pencuci mulut dan jus oren sebagai minuman.
Selepas jamuan, mesyuarat briged bestari bersambung dan dipengerusikan oleh briged bestari Nur Atiqah Bt Mat Samadi (Tingkatan 5 Gemilang)
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan guru penyelaras briged bestari, Pn Saemah Bt Mat Sahir. Ucapan beliau banyak memberi fokus kepada kejayaan yang berjaya dikecap oleh sekolah dan harapan beliau terhadap briged bestari.
Ahli mesyuarat seterusnya membincangkan tentang pelantikan AJK tertinggi briged bestari 2011 dan semua perkara berkaitan briged bestari.
Subscribe to:
Posts (Atom)