24/05/2009

BRIGED SIBER KE BRIGED BESTARI

Briged Bestari SMKAP baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2009 sempena Program Pembestarian sekolah luar bandar Fasa I. SMK Ampang Pecah juga telah terpilih sebagai sekolah menengah 'showcase' bagi program ini. Sebelum ini pasukan Briged Bestari dikenali sebagai Briged Siber yang bergerak di bawah aktiviti makmal komputer sekolah. Kini penubuhan Briged Siber menjadikan ahli-ahlinya lebih berkemahiran dalam bidang ICT dan mampu membantu guru mengendalikan peralatan ICT di dalam kelas. Pelbagai program telah disusun untuk meningkatkan kemahiran asas ICT ahli Briged Siber SMKAP. Semoga ahli-ahli Briged Siber dapat melaksanakan peranan dengan berkesan membantu sekolah mengekalkan pembudayaan ICT di sekolah.