17/07/2011

BENGKEL POWER DIRECTOR

Satu lagi bengkel membuat video telah dijalankan dengan menggunakan software power director. Bengkel insehari selepas bengkel movie maker. Bengkel ini dijalankan pada hari Sabtu bersamaan 2 Julai 2011. Bengkel ini dikelolakan oleh briged bestari Hafeez Bin Ahmad Taupiq Nasri dari tingkatan 5 Gemilang. Seramai 33 ahli briged bestari menghadiri bengkel ini.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengajar ahli briged bestari membuat video memnggunakan software Power Director yang lebih menarik. Bengkel ini juga bertujuan untuk menambah kemahiran ICT dalam diri semua ahli briged bestari dalam membuat video.

Bengkel dimulakan dengan pendaftaran ahli briged bestari.Setelah semua peserta mengambil tempat, Briged bestari Hafeez Bin Ahmad Taupiq Nasri menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya memulakan bengkel membuat video.

Bengkel ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari setelah selesai ucapan penutup oleh penceramah.

Bengkel ini telah memberi banyak faedah kepada peserta-pesertanya.Semua ahli briged bestari dapat menggunakan kemahiran ini untuk membuat video atau montaj yang amat menarik. Setelah berakhirnya bengkel ini, Semua ahli briged bestari diberi tugas untuk menyiapkan dua buah tugasan video :-


(a) Keluarga Saya
(b) Bebas


Tugasan ini diberi masa 2 minggu untuk disiapkan.

BENGKEL MOVIE MAKER

Sebuah bengkel membuat video menggunakan software movie maker telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 1 julai 2011. Bengkel ini dikelolakan oleh briged bestari Hafeez Bin Ahmad Taupiq Nasri dari tingkatan 5 Gemilang. Seramai 30 ahli briged bestari menghadiri bengkel ini.

Sasaran utama bengkel ini ialah semua ahli-ahli briged bertari yang baru menyertai Briged Bestari. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan asas membuat video kepada ahli-ahli baru briged bestari. Bengkel ini juga bertujuan untuk menambah kemahiran ICT dalam diri semua ahli briged bestari.

Bengkel dimulakan dengan pendaftaran ahli briged bestari.Setelah semua peserta mengambil tempat, Briged bestari Hafeez Bin Ahmad Taupiq Nasri menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya memulakan bengkel membuat video.

Bengkel ini berakhir pada pukul 4.30 petang setelah selesai ucapan penutup oleh penceramah.


Bengkel ini telah memberi banyak faedah kepada peserta-pesertanya. Ia telah mengajar asas-asas untuk membuat video yang amat menarik. Melalui bengkel ini, semua ahli briged bestari dapat menggunakan asas-asas membuat video untuk software yang lebih menarik.







ORIENTASI BRIGED BERTARI

25/06/2011

BENGKEL PHOTOSHOP SESI 2



Satu  bengkel photoshop sesi kedua telah berjaya dijalankan  pada 24/6/2011 hari Jumaat bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Dalam bengkel ini, briged bestari Hafeez Bin Ahmad Taupiq Nasri (Tingkatan 5 Gemilang) mengajar banyak aspek dalam photoshop kepada semua briged bestari . Aspek-aspek yang telah diajar adalah seperti berikut :-



  1.        Membuat kesan kilat pada gambar (I & II)
  2.        Menambah kesan salji pada gambar.
  3.        Memindahkan pemandangan di atas darat ke tepi laut/tasik.
  4.        Mengaburkan bahagian sensored  pada gambar.
  5.        Menukar warna mata.
Bengkel  Photoshop dijangka akan dijalankan lagi dalam sesi ke 3 dan seterusnya.

BENGKEL SOALAN ONLINE


Briged Bestari SMK Ampang Pecah (Bestari) telah menjalankan satu bengkel membuat soalan online. Bengkel ini telah diadakan pada hari Selasa, 21/06/2011 bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang.
Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk menambah pengetahuan semua briged bestari dalam membuat soalan online.
Bengkel ini bermula dengan ucapan pembukaan  oleh guru penyelaras bestari, Pn Saemah binti Mat Sahir.  Setelah selesai member taklimat, beliau mengajar semua briged bestari tentang bagaimana hendak membuat soalan online.
Hasil daripada bengkel ini, sebuah blog  Bintang Cemerlang akan dihasilkan. Blog ini dibuat untuk pelajar yang akan menduduki PMR dan SPM. Blog ini juga akan menempatkan soalan-soalan online yang dihasilkan oleh   briged bestari. Blog Bintang Cemerlang ini akan diuruskan oleh briged bestari Khong Qian Hui (Tingkatan 3 Gemilang).
Sebelum bersurai, satu mesyuarat kecil diadakan. Briged bestari berkumpul untuk membincangkan hal-hal lain.

19/06/2011

BENGKEL PHOTOSHOP


17.06.2011 / JUMAAT / 2.30-5.00 PTG

Briged Bestari SMK Ampang Pecah (Bestari) telah menjalankan satu bengkel kemahiran Photoshop. Bengkel ini telah diadakan pada 17hb Jun 2011 bersamaan hari Jumaat bermula 2:30 petang hingga 5:00 petang.
Melalui bengkel ini, banyak input yang diperoleh semua ahli briged bestari walaupun masa yang ada adalah singkat. Semua ahli briged bestari telah didedahkan tentang asas-asas Photoshop dan kegunaannya. Banyak perkara yang telah dipelajari seperti berikut :

1. Cara hendak buang background putih lencana sekolah. Selalunya, lencana sekolah berformat JPEC digunakan untuk diletakkan di brosure atau banner2. Akan tetapi, ia akan kelihatan buruk jika background putih yang ada di lencana itu tidak ‘masuk’ dengan banner yang kita hendak buat. Jadi jalan penyelesaiannya ialah dengan membuang atau ‘cut’ bahagian background yang tidak diperlukan. Dalam bengkel photoshop ini, ahli-ahli briged bestari diajar untuk menjadikan lencaca tersebut transparent.

2. Cara menukarkan huruf 2D menjadi huruf berdimensi 3D. Pembelajaran tentang aspek ini amat menyeronokkan dan ahli-ahli telah mendapat suatu pengetahuan yang amat berguna untuk diguna pakai dalam semua jenis projek.


3. Menukarkan pemandangan yang cerah disinari sang suria kepada satu pemandangan yang kelihatan seperti didatangi hujan. Aspek ini amat mengujakan bagi ahli yang tidak pernah menggunakan Photoshop. =D

4. Memindahkan gambar daripada atu kawasan kepada satu kawasan yang lain. Dalam aspek ini, ia banyak menggunakan kreati viti ahli-ahli.

Bengkel seperti ini memberi banyak manfaat kepada ahli-ahli briged bestari. Kami dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang Photoshop. Kini, kami tidak lagi terkial-kial dan berasa putus asa apabila mengendalikan software photoshop ini. Kami juga amat berharap agar bengkel photoshop fasa ke-2 dapat dijalankan dengan jayanya pada masa akan datang.
Saya mewakili semua ahli Briged Bestari ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan kepada Briged Bestari Hafeez bin Ahmad Taupiq Nasri (Tingkatan 5 Gemilang) kerana sudi mengajar kami mengenal Photoshop. Terima kasih keranaa sudi meluangkan masa menjadi guru kami walaupun untuk seketika. Jumpa lagi di bengkel Photoshop akan datang, ‘Cikgu Sementara’

Sekian sahaja dari saya wakil Briged Bestari SMK Ampang Pecah...

PROJEK GERAK GEMPUR MENGEMAS MAKMAL

Sempena Bengkel e-learning Moodle yang akan dijalankan sekolah kami, SMK Ampang Pecah(Bestari), Sebahagian ahli briged bestari bersama Pn Saemah Bt Mat Sahir, guru pembimbing briged bestari telah menjalankan aktiviti pembersihan makmal A dan makmal B. Aktiviti ini telah berjaya disempurnakan dalam masa dua hari iaitu pada hari Ahad dan hari Isnin.
Kami telah bertungkus lumus membersih dan menceriakan kedua-dua makmal dari pagi sampai petang. Walaupun agak kepenatan, tapi kami percaya usaha kami tidaklah sia-sia.
Terima kasih banyak-banyak kepada Guru Pembimbimg kami, Pn Saemah Bt Mat Sahir kerana sudi membelanjakan duitnya untuk menanggung duit makan tengahari dan petang kami. Terima kasih daun keladi.. =D
Alhamdulillah.. SMK Ampang Pecah (Bestari) telah mendapat banyak pujian daripada guru-guru yang terlibat dalam bengkel e-learning Moodle. Kata mereka, makmal SMK Ampang Pecah bersih dan cantik. Wah, berbaloi juga usaha kami bersama cikgu selama dua hari, dari pagi sampai petang buat gerak gempur. =D
Di kesempatan ini , saya mewakili semua ahli briged bertari ingin mengucapkan tahniah kepada briged bestari Farhanah Sukainah (Tingkatan 4 Gemilang) dan Briged bertari Hafeez (Tingkatan 5 Gemilang) kerana telah berjaya menghasilkan video kombinasi Bengkel e-learning Moodle dan telah mendapat pujian daripada guru-guru daripada sekolah-sekolah lain yang terlibat. Cantik betul video yang mereka buat. Tahniah, satu projek yang amat memberansangkan. =D

18/06/2011

TOKOH GURU BESTARI 2011.



Pada 16 Mei 2011 hari isnin, badan pengawas telah mengadakan sambutan hari guru 2011 bagi menghargai pengorbanan semua guru-guru di SMK Ampang Pecah. Sambutan hari guru pada tahun ini adalah bertemakan ‘Retro, Nostalgia Piring HItam’.

Pada hari bersejarah itu, Briged Bestari SMK Ampang Pecah (Bestari) amat berbangga apabila Guru Penyelaras Briged Bestari yang amat kami sayangi, Pn Saemah bt Mat Sahir telah menerima penghargaan dalam anugerah ‘Tokoh Guru Bestari’.

Anugerah ini telah julung diadakan pada tahun ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan Pn Saemah yang bertungkus lumus menaikkan nama sekolah sehingga berjaya mencapai kejayaan sebagai sekolah showcase No 1 di Malaysia. SMK Ampang Pecah juga telah berjaya mengekalkan rating 5 bintang atas usaha beliau bersama pentadbir. Banyak lagi kejayaan yang SMK Ampang Pecah (Bestari) kecapi sehingga saya pun tidak dapat nyatakan di sini. Risau akan jadi terlampau panjang. =D Alhamdulillah.. Syukur kepada Tuhan

14/06/2011

PERJUMPAAN BRIGED BESTARI

13.06.11 / isnin / 3:00 PM – 4:30 PM
GenYes

Selepas selesai cuti pertengahan tahun bulan enam selama 2 minggu, Briged Bestari SMK Ampang Pecah telah besepakat mengadakan satu perjumpaan Briged Bestari pada hari pertama selepas cuti panjang. =)

Perjumpaan ini telah diadakan pada 13hb Jun 2011 pada hari Isnin dari pukul 3:00pm hingga 5:00 pm. Kami telah mengadakan banyak perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan bersama. Kami juga telah bersepakat untuk menubuhkan satu group di laman web sosial facebook untuk berhubung bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan Briged Bestari. Admin bagi group ini ialah briged bestari Nurina Hannani Bt Hishamuddin (Tingkatan 3 Gemilang). Tahniah diucapkan kena berjaya menubuhkan group Briged Bestari dan berhasil membuatkan Briged Bestari menjadi lebih aktif.

Walaubagaimanapun, sebuah group yang telah ditubuhkan sejak 2 tahun di Google Groups tetap dikekalkan kerana perbincangan boleh dijalankan secara online di situ. Kini, Briged bestari SMK Ampang Pecah (Bestari) telah mempunyai 2 buah group bagi memudahkan urusan briged bestari.

Sebenarnya, Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah untuk mendedahkan briged bestari kepada program GenYes. Program GenYes ini disertai oleh 20 orang pelajar SMK Ampang Pecah (Bestari) termasuk briged bestari SMK Ampang Pecah...

Peserta perlu membuat 2 projek mengikut kehendak pihak GenYes dan akan menerima certificate di akhirnya...

Untuk maklumat lanjut, sila klik di link ini

semoga berjaya peserta dari SMK Ampang Pecah (Bestari)!

21/01/2011

Majlis Tertinggi Briged Bestari 2011

PENGERUSI
NUR ATIQAH BT MAT SAMADI (5G)

NAIB PENGERUSI
SUMAIYAH BT KHAIRUDIN (3G)

SETIAUSAHA
AISHAH NADIA BT BADRUL HISHAM (3G)

NAIB SETIAUSAHA
SHAZLEEN BT AHMAD TAUPIQ NASRI (3G)

BENDAHARI
FARHANAH SUKAINAH BT ABD WAHAB (4G)

NAIB BENDAHARI
KHONG QIAN HUI (3G)
AJK KHAS BRIGED BESTARI 2011

KETUA BIRO LAMAN WEB
HAFEEZ B. AHMAD TAUPIQ NASRI (5G)

KETUA BIRO DOKUMENTASI
NURINA HANNANI BT HISHAMUDDIN (3G)

KETUA BIRO LATIHAN
NIK MOHAMED ZULHAYIZ B ZULKIFLI (5G)
 
KETUA BIRO BLOG
FARHANAH SUKAINAH BT ABD WAHAB (4G)
  - DHASHWINNIE
  - M. NUR AKMAL
  
KETUA BIRO BULETIN
AISHAH NADIA BT BADRUL HISHAM (3G)
  - KHONG QIAN HUI
  - KESAVAN
  - MAT ISA

JURU KAMERA
MUHD FARIS B. FADHIL (3G)
MUHD ZUHRI (3G)


KUMPULAN BRIGED BESTARI DALAM MENJALANKAN TUGAS.

LAMAN WEB SEKOLAH
PN SAEMAH BT MAT SAHIR
NUR ATIQAH
NIK M. ZULHAYIZ
AISHAH NADIA
NURINA HANNANI

LAMAN WEB HEM
HAFEEZ
AMIRUL SYAFIQ
SUMAIYAH

BLOG BRIGED BESTARI
NUR ATIQAH
SUMAIYAH

BLOG PENTADBIR 
PENGETUA : NUR ATIKAH
GPK KOKO : NIK MUHAMAD ZULHAYIZ
GPK HEM : HAFEEZ
GPK KOKU : NURINA HANNANI 

BLOG BINTANG CEMERLANG
FARHANAH SUKAINAH 
DHASHWINNIE
KHONG QIAN HUI 

20/01/2011

MESYUARAT AGUNG BRIGED BESTARI 2011

Pada 18 Januari 2011, telah diadakan satu mesyuarat agung Briged Bestari bagi tahun 2011 bertempat di Makmal Bestari pada jam 2.30 petang.  Mesyuarat ini telah dihadiri oleh GPK Akademik, Pn. Shamsida Bt. Mohd Noor, GPK HEM, En. Mohd Suhaimi B. Abdullah, Guru Penyelaras Bestari, Pn. Saemah Bt. Mat Sahir, guru jemputan, Pn. Tan Gee Loi, alumni Briged Bestari, Saudari Nur Syahmin Alya Bt. Masri serta ahli Briged Bestari.

Majlis pada petang itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Saudari Sumaiyah Bt Khairudin dan diikuti pula dengan bacaan doa pembuka majlis oleh Saudara Nik Mohd Zulhayiz bin Zulkifli. Acara diteruskan dengan menyanyikan lagu sekolah dan lagu Jiwa dan Minda yang diiringi dengan tayangan montaj muzik yang telah dihasilkan oleh Saudari Nurina Hannani Bt Hishamuddin dan Saudari Aishah Nadia Bt Badrul Hisham. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka atas hasilan video yang menarik.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan wadah minda oleh Pn. Hajah Shamsida Bt Mohd Nor. Dalam ucapannya, beliau banyak menyentuh mengenai tanggungjawab dan peranan seseorang pemimpin serta memberikan kata - kata  motivasi kepada ahli Briged Bestari yang merupakan contoh dan ikon kepada pelajar - pelajar lain. Beliau juga menguacapkan ucapan terima kasih atas jemputan ke majlis pada petang itu dan juga ucapan tahniah kepada ahli Briged Bestari yang telah terpilih bagi sesi 2011.

Mesyuarat Agung Briged Bestari telah dirasmikan oleh En. Mohd Suhaimi bin Abdullah, selaku guru penasihat Briged Bestari. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan semua Briged Bestari dapat mengekalkan prestasi dan akan terus cemerlang serta membantu guru - guru dalam pengurusan ICT di sekolah . Beliau juga berharap agar briged bestari akan terus menjadi sebuah kelab yang terunggul dan berkemahiran. 

Setelah ucapan perasmian,  berhenti seketika dan ahli mesyuarat telah dijemput menjamu selera. Menu pada petang itu ialah berkonsepkan hari raya, walaupun hari raya telah lama berlalu. Ahli mesyuarat telah dihidangkan nasi himpit, rendang ayam, beserta kuah kacang. Kuih tempatan telah disajikan sebagai pencuci mulut dan jus oren sebagai minuman.

Selepas jamuan, mesyuarat briged bestari bersambung dan dipengerusikan oleh briged bestari  Nur Atiqah Bt Mat Samadi (Tingkatan 5 Gemilang)

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan guru penyelaras briged bestari, Pn Saemah Bt Mat Sahir. Ucapan beliau banyak memberi fokus kepada kejayaan yang berjaya dikecap oleh sekolah dan harapan beliau terhadap briged bestari.

Ahli mesyuarat seterusnya membincangkan tentang pelantikan AJK tertinggi briged bestari 2011 dan semua perkara berkaitan briged bestari.