10/11/2009

PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH






Pada 28 Oktober yang lepas, telah diadakan Hari Kecemerlangan Akademik, Kokurikulum dan Program Pembestarian Sekolah. Program Pembestarian Sekolah telah mengambil tempat di ruang legar Blok A SMKAP Bestari.

          BRIGED BESTARI SEKOLAH telah terlibat sepenuhnya dalam Program Pembestarian Sekolah dimana pelbagai aktiviti telah diadakan dan kebanyakan daripadanya menglibatkan penggunaan ICT. Jualan kupon juga telah diadakan dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Pelbagai pameran juga telah diadakan. Antaranya pameran I-KIT dan IWB dimana pengunjung termasuklah murid-murid dan guru-guru berpeluang menggunakan I-KIT dan IWB sendiri.

 



          Pameran Briged Bestari juga diadakan di ruang legar pada masa yang sama.
Antara pameran yang diadakan adalah PEMBESTARIAN SEKOLAH dan gambar - gambar daripada LAWATAN PENGARAH, LAWATAN DARI LUAR NEGARA dan LAWATAN CCEM-17.


 


Selain itu, aktiviti Briged Bestari seperti , BROSUR / BLOG PANITIA, MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN BRIGED BESTARI, BULETIN BRIGED BESTARI, DAN BRIGED BESTARI SESI 09 / 10 turut dipamerkan.






Selain itu, permainan outdoor juga diadakan, dan ia telah menarik minat ramai pelajar, tidak lupa juga guru-guru serta pelawat.







          Pada sebelah petang, majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada tempat yang sama iaitu di ruang legar Blok A. Majlis telah dipengerusikan oleh Pn. Azizah.Penyampaian hadiah bagi pertandingan ICT juga telah diadakan. Antara pertandingan yang dijalankan ialah PERTANDINGAN  BLOG PANITIA, BLOG MASTER PANITIA, PERTANDINGAN MELUKIS MENGGUNAKAN MICROSOFT PAINT, serta CABUTAN KUPON BERTUAH.Hadiah telah disampaikan oleh Pn. Norlida dan Pn. Enezah.





Atas kerjasama dari ahli-ahli Briged Bestari, aktiviti yang dijalankan sempena Program Pembestarian Sekolah telah berjalan dengan jayanya. Objektif program ini turut tercapai.

No comments:

Post a Comment