16/12/2009

Jamuan Akhir Tahun Briged Bestari 2009





Jamuan Akhir Tahun Briged Bestari telah diadakan di Mc Donald Rawang pada Sabtu, 21 Nov 2009.

Ahli - ahli Briged Bestari bertolak dari KTM Rasa dan Kuala Kubu Bharu bersama-sama pada pukul 10.45 pg. Pada pukul 11.15 pg kesemua ahli Briged Bestari telah pun berada di Mc Donald.






Majlis secara rasminya bermula selepas Pn Saemah bt Mat Sahir tiba di Mc Donald. Majlis dimulakan dengan ucapan pendahuluan dari pengerusi majlis, Atiqah bt Mat Samadi. Kemudian diteruskan dengan ucapan pendek dari Pengerusi Briged Bestari, Afrina Adlyna bt Mohd Matrol diikuti dengan ucapan dari Guru Penasihat Briged Bestari, Pn Saemah.



Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada semua ahli Briged Bestari yang hadir. Kemudian, hadiah cabutan bertuah juga diberikan kepada ahli yang bertuah. Sijil telah disampaikan oleh Afrina Adlyna.







Kemudian, upacara memotong kek telah dilakukan oleh beramai-ramai. Sebelum majlis makan dimulakan, Nik Mohd Zulhayiz telah mengetuai bacaan doa.






Majlis tamat pada pukul 1.30 ptg. Sebelum bersurai, kesemua ahli Briged Bestari serta Pn Saemah telah berkumpul untuk sesi fotografi beramai-ramai.





Jamuan akhir tahun Briged Bestari telah berlangsung dengan suasan yang meriah dan ceria. Aktiviti berjalan seperti yang telah dirancang. Penglibatan ahli Briged Bestari yang ramai juga telah dapat menjadikan jamuan akhir tahun kali ini lebih bermakna dan mereka dapat meluangkan masa bersama-sama.

No comments:

Post a Comment