20/01/2011

MESYUARAT AGUNG BRIGED BESTARI 2011

Pada 18 Januari 2011, telah diadakan satu mesyuarat agung Briged Bestari bagi tahun 2011 bertempat di Makmal Bestari pada jam 2.30 petang.  Mesyuarat ini telah dihadiri oleh GPK Akademik, Pn. Shamsida Bt. Mohd Noor, GPK HEM, En. Mohd Suhaimi B. Abdullah, Guru Penyelaras Bestari, Pn. Saemah Bt. Mat Sahir, guru jemputan, Pn. Tan Gee Loi, alumni Briged Bestari, Saudari Nur Syahmin Alya Bt. Masri serta ahli Briged Bestari.

Majlis pada petang itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Saudari Sumaiyah Bt Khairudin dan diikuti pula dengan bacaan doa pembuka majlis oleh Saudara Nik Mohd Zulhayiz bin Zulkifli. Acara diteruskan dengan menyanyikan lagu sekolah dan lagu Jiwa dan Minda yang diiringi dengan tayangan montaj muzik yang telah dihasilkan oleh Saudari Nurina Hannani Bt Hishamuddin dan Saudari Aishah Nadia Bt Badrul Hisham. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka atas hasilan video yang menarik.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan wadah minda oleh Pn. Hajah Shamsida Bt Mohd Nor. Dalam ucapannya, beliau banyak menyentuh mengenai tanggungjawab dan peranan seseorang pemimpin serta memberikan kata - kata  motivasi kepada ahli Briged Bestari yang merupakan contoh dan ikon kepada pelajar - pelajar lain. Beliau juga menguacapkan ucapan terima kasih atas jemputan ke majlis pada petang itu dan juga ucapan tahniah kepada ahli Briged Bestari yang telah terpilih bagi sesi 2011.

Mesyuarat Agung Briged Bestari telah dirasmikan oleh En. Mohd Suhaimi bin Abdullah, selaku guru penasihat Briged Bestari. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan semua Briged Bestari dapat mengekalkan prestasi dan akan terus cemerlang serta membantu guru - guru dalam pengurusan ICT di sekolah . Beliau juga berharap agar briged bestari akan terus menjadi sebuah kelab yang terunggul dan berkemahiran. 

Setelah ucapan perasmian,  berhenti seketika dan ahli mesyuarat telah dijemput menjamu selera. Menu pada petang itu ialah berkonsepkan hari raya, walaupun hari raya telah lama berlalu. Ahli mesyuarat telah dihidangkan nasi himpit, rendang ayam, beserta kuah kacang. Kuih tempatan telah disajikan sebagai pencuci mulut dan jus oren sebagai minuman.

Selepas jamuan, mesyuarat briged bestari bersambung dan dipengerusikan oleh briged bestari  Nur Atiqah Bt Mat Samadi (Tingkatan 5 Gemilang)

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan guru penyelaras briged bestari, Pn Saemah Bt Mat Sahir. Ucapan beliau banyak memberi fokus kepada kejayaan yang berjaya dikecap oleh sekolah dan harapan beliau terhadap briged bestari.

Ahli mesyuarat seterusnya membincangkan tentang pelantikan AJK tertinggi briged bestari 2011 dan semua perkara berkaitan briged bestari.

10/09/2010


Salam lebaran daripada kami Briged Bestari SMKAP (Bestari) :D

07/08/2010

Bulan ICT / Kemerdekaan SMK Ampang Pecah 2010

Bermula pada tarikh 7 Ogos 2010, secara rasminya bermulalah Bulan ICT dan Bulan Kemerdekaan yang dijalankan selama 2 bulan.


Sempena bulan ICT / Kemerdekaan ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dan disusun atur bagi memeriahkan lagi selain daripada tujuan utamanya; untuk memupuk minat pelajar dalam ICT dan menanam sifat cintakan negara dan patriotik.

Aktiviti - aktiviti ( berkaitan bulan ICT ) yang akan dijalankan ialah :

  • Pelancaran Bulan ICT dan Bulan Kemerdekaan
  • Ceramah Kerjaya UNITAR
  • Ceramah Prog.Duit Saku –MAMPU
  • Jualan Menu Makanan ICT
  • Lawatan ke UNITAR
  • Pertandingan Kiosk Kerjaya
  • Pertandingan Sudut ICT dalam kelas
  • Pertandingan Penerbitan Video bertemakan ucapan
  • Pertandingan penghasilan cerita pendek digital (video)
  • Pertandingan penghasilan laman web bertemakan kemerdekaan - Oracle Think Quest
  • Pertandingan melukis menggunakan perisian Paint
  • Pertandingan Tilawah interaktif
  • Pertandingan Karaoke Patriotik dan Lagu Asli
  • Pertandingan Tajwid Interaktif
  • Pertandingan Penghasilan bahan P&P Powerpoint - Geografi
  • Pertandingan Penghasilan bahan interaktif - Matematik
  • Bengkel Penerbitan Video
  • Bengkel penggunaan IWB
  • Bengkel Fotografi
  • Bengkel Foto Editing
  • Bengkel Web Mail dan Video Player
  • Bengkel Penghasilan Blog
  • Pameran ICT dan Kemerdekaan
  • Kempen penggunaan ICT dalam pengurusan diri dan kerjaya.
  • Pemeriksaan Body Mass Index dan saranan pemakanan sihat
  • Exlporace Maya Kemerdekaan
  • Tayangan Animation Movie
  • Majlis Penutupan Bulan ICT
 Berharap semua ahli Briged Bestari dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti - aktiviti Bulan ICT ini.

18/04/2010

Smart Cyber Kidz

Klik 'READ MORE...' untuk maklumat lebih lanjut.