29/06/2010

Bengkel Membina Website





Pada 15 dan 16 Jun yang lalu, beberapa orang ahli Briged Bestari telah menghadiri Bengkel Website yang bertempat di Makmal Komputer bermula pada pukul 9.00 pagi sehinggalah pukul 3.30 ptg. En Mahathir dari SK Bukit Rawang Jaya adalah pengajar yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.

Ahli Briged Bestari yang terlibat adalah :

  1. Tajul Ariffin Mauli Azam
  2. Muhd Syazwan Muhd Nazli
  3. Hafeez b Ahmad Taupiq Nasri
  4. Nur Atiqah Mat Samadi
  5. Nurul Farahana Zakaria
  6. Amylia Azreen Md Jamil 
  7. Nur Syahmin Alya Masri
  8. Afrina Adlyna Mohd Matrol
Turut terlibat ialah Pn Ravender dan Pn Saemah.

Objektif bengkel ini adalah untuk melahirkan ahli Briged Bestari yang mampu untuk mengendalikan portal rasmi sekolah yang bertindak sebagai medium penyampaian maklumat kepada warga sekolah mengenai kejayaan dan info terkini pembestarian sekolah.

Pada hari pertama, En Mahathir menumpukan kepada penggunaan CPanel, Joomla, dan penggunaan asas dalam sesebuah admin website.



Manakala pada hari berikutnya, tajuk bengkel lebih tertumpu kepada cara untuk mengendalikan portal rasmi sekolah. Beberapa orang ahli Briged telah didaftarkan sebagai adminstrator portal rasmi sekolah bagi memudahkan mereka untuk mengendalikan website tersebut.



Bengkel tersebut tamat pada 16 Jun 2010 dengan pelbagai ilmu yang diturunkan daripada En Mahathir.
Diharapkan dengan bengkel tersebut, ahli Briged Bestari dapat mempraktikkan segala ilmu yang diajar untuk mengendalikan portal rasmi sekolah.

Laman web portal rasmi SEMEKAP (Bestari) : http://www.smkapkkb.edu.my/v1/

Galeri :

No comments:

Post a Comment