Satu lagi bengkel membuat video telah dijalankan dengan menggunakan software power director. Bengkel insehari selepas bengkel movie maker. Bengkel ini dijalankan pada hari Sabtu bersamaan 2 Julai 2011. Bengkel ini dikelolakan oleh briged bestari Hafeez Bin Ahmad Taupiq Nasri dari tingkatan 5 Gemilang. Seramai 33 ahli briged bestari menghadiri bengkel ini.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengajar ahli briged bestari membuat video memnggunakan software Power Director yang lebih menarik. Bengkel ini juga bertujuan untuk menambah kemahiran ICT dalam diri semua ahli briged bestari dalam membuat video.
Bengkel dimulakan dengan pendaftaran ahli briged bestari.Setelah semua peserta mengambil tempat, Briged bestari Hafeez Bin Ahmad Taupiq Nasri menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya memulakan bengkel membuat video.
Bengkel ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari setelah selesai ucapan penutup oleh penceramah.
Bengkel ini telah memberi banyak faedah kepada peserta-pesertanya.Semua ahli briged bestari dapat menggunakan kemahiran ini untuk membuat video atau montaj yang amat menarik. Setelah berakhirnya bengkel ini, Semua ahli briged bestari diberi tugas untuk menyiapkan dua buah tugasan video :-
(a) Keluarga Saya
(b) Bebas
Tugasan ini diberi masa 2 minggu untuk disiapkan.
17/07/2011
BENGKEL MOVIE MAKER
Sebuah bengkel membuat video menggunakan software movie maker telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 1 julai 2011. Bengkel ini dikelolakan oleh briged bestari Hafeez Bin Ahmad Taupiq Nasri dari tingkatan 5 Gemilang. Seramai 30 ahli briged bestari menghadiri bengkel ini.
Sasaran utama bengkel ini ialah semua ahli-ahli briged bertari yang baru menyertai Briged Bestari. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan asas membuat video kepada ahli-ahli baru briged bestari. Bengkel ini juga bertujuan untuk menambah kemahiran ICT dalam diri semua ahli briged bestari.
Bengkel dimulakan dengan pendaftaran ahli briged bestari.Setelah semua peserta mengambil tempat, Briged bestari Hafeez Bin Ahmad Taupiq Nasri menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya memulakan bengkel membuat video.
Bengkel ini berakhir pada pukul 4.30 petang setelah selesai ucapan penutup oleh penceramah.

Bengkel ini telah memberi banyak faedah kepada peserta-pesertanya. Ia telah mengajar asas-asas untuk membuat video yang amat menarik. Melalui bengkel ini, semua ahli briged bestari dapat menggunakan asas-asas membuat video untuk software yang lebih menarik.
25/06/2011
BENGKEL PHOTOSHOP SESI 2
Satu bengkel photoshop sesi kedua telah berjaya dijalankan pada 24/6/2011 hari Jumaat bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Dalam bengkel ini, briged bestari Hafeez Bin Ahmad Taupiq Nasri (Tingkatan 5 Gemilang) mengajar banyak aspek dalam photoshop kepada semua briged bestari . Aspek-aspek yang telah diajar adalah seperti berikut :-
- Membuat kesan kilat pada gambar (I & II)
- Menambah kesan salji pada gambar.
- Memindahkan pemandangan di atas darat ke tepi laut/tasik.
- Mengaburkan bahagian sensored pada gambar.
- Menukar warna mata.
Bengkel Photoshop dijangka akan dijalankan lagi dalam sesi ke 3 dan seterusnya.
BENGKEL SOALAN ONLINE
Briged Bestari SMK Ampang Pecah (Bestari) telah menjalankan satu bengkel membuat soalan online. Bengkel ini telah diadakan pada hari Selasa, 21/06/2011 bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang.
Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk menambah pengetahuan semua briged bestari dalam membuat soalan online.
Bengkel ini bermula dengan ucapan pembukaan oleh guru penyelaras bestari, Pn Saemah binti Mat Sahir. Setelah selesai member taklimat, beliau mengajar semua briged bestari tentang bagaimana hendak membuat soalan online.
Hasil daripada bengkel ini, sebuah blog Bintang Cemerlang akan dihasilkan. Blog ini dibuat untuk pelajar yang akan menduduki PMR dan SPM. Blog ini juga akan menempatkan soalan-soalan online yang dihasilkan oleh briged bestari. Blog Bintang Cemerlang ini akan diuruskan oleh briged bestari Khong Qian Hui (Tingkatan 3 Gemilang).
Sebelum bersurai, satu mesyuarat kecil diadakan. Briged bestari berkumpul untuk membincangkan hal-hal lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)