Satu bengkel photoshop sesi kedua telah berjaya dijalankan pada 24/6/2011 hari Jumaat bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Dalam bengkel ini, briged bestari Hafeez Bin Ahmad Taupiq Nasri (Tingkatan 5 Gemilang) mengajar banyak aspek dalam photoshop kepada semua briged bestari . Aspek-aspek yang telah diajar adalah seperti berikut :-
- Membuat kesan kilat pada gambar (I & II)
- Menambah kesan salji pada gambar.
- Memindahkan pemandangan di atas darat ke tepi laut/tasik.
- Mengaburkan bahagian sensored pada gambar.
- Menukar warna mata.
Bengkel Photoshop dijangka akan dijalankan lagi dalam sesi ke 3 dan seterusnya.
No comments:
Post a Comment